DATA MANIFESTO MPP 2017/2018 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
BIL | NAMA MPP | MPP PUSAT PENGAJIAN | MANIFESTO | TINDAKAN |
1 |
AHMAD SYAFIQ BIN MOHD NASIR (YDP) |
PP ILMU PENDIDIKAN (UMUM) |
|
Manifesto ini merupakan satu kesinambungan dalam memperkasakan fungsi MPPUSM dalam peranan DPP. |
2 | AIMAN FAYYADH MOHAMAD ZIYAD (NYDP 1) | PP KOMUNIKASI |
1) Melaksanakan program uniti dan gaya hidup sihat bukan sahaja kepada mahasiswa, tetapi kepada masyarakat. Status 2) Menjalinkan usaha sama dengan persatuan bagi mengerakkan hasrat universiti ke arah Industri Revolusi ke 4.
|
- Selesai melalui program festival sukan dan kebudayaan anak negeri.
- Dalam proses perbincangan dengan pihak universiti dan merangka modul yang terbaik.
|
3 | NG KIM HO LESTER (NYDP 2) | PP SAINS KOMPUTER |
Menambah baik kemudahan Internet yang lebih berkualiti di seluruh kampus
Menuntut pentadbiran universiti menambah baik pemudahcaraan pengurusan dengan mahasiswa/i
Memupuk semangat kesukarelawanan dalam komuniti setempat |
Sepanjang SA 2017/2018, beberapa siri kerja naik taraf telah dilaksanakan seperti berikut:
Susulan penaiktarafan tersebut, kadar ketercapaian dan kualiti USMSecure di Kompleks RST serta kafe-kafe desasiswa (yang menggunakan AP baharu) didapati mengalami penambahbaikan yang agak signifikan secara amnya, walaupun masih ada kelompongan tertentu di beberapa lokasi.
Walau bagaimanapun, di kawasan dalam kampus, ketercapaian lemah di kebanyakan desasiswa masih menjadi masalah utama kerana alat-alat AP yang digunakan masih pada versi lama dan belum dapat dinaiktaraf kepada yang baharu. Namun, kualiti USMSecure didapati meningkat sedikit berbanding sebelum ini.
|
4 | SARVESH ROU (NYDP 3) | PP PENGURUSAN |
1. Laman web
2. Sahabat JK
3. Bantuan kewangan kpd pelajar |
Telah menghasilkan satu laman web khas utk mpp dgn hasil kerjasama ppkt. Telah mendapat persetujuan daripada IPD Timur Laut. DSP Jegathisan membantu kita dlm hal keselamatan pelajar di luar kampus.
Secara peribadi menberi bantuan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan dengan mencari solusi yang baik |
5 |
SITI FARAH ELIANI BINTI SOLLEH (SU AGUNG) |
PP Komunikasi |
1.Memperkasa peranan-peranan mahasiswi USM dalam program-program Universiti
2.Mewujudkan ruang dan peluang yang sama rata kepada gologan mahasiswa USM untuk menjalankan program
3.Merapatkan jurang hubungan antara MPD, MPP dan pihak pentadbiran USM |
1. Tindakan telah dijalankan dan sedia dalam perhatian dan kerjasama daripada Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA). Peranan siswi dalam menganjurkan program-program khusus kepada golongan sasaran wanita dan kerjasama erat bersama KANITA sedia dilaksanakan. MPP telah menganjurkan Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat USM dengan kerjasama KANITA USM dengan hasil libatsama 100 AJK pelaksana siswi dan menerima kerjasama lain dari JKM Pulau Pinang, Nestle Bhd. dan PTJ USM. Tambah itu juga, melibatkan persatuan MPP secara aktif semasa Hari Terbuka KANITA dengan mempromosikan MPP USM dan membantu KANITA untuk mengalakan siswi melanjutkan pelajaran di KANITA.
2.Sentiasa memantau dan mendekatkan diri dengan pelajar kelainan upaya (PKU) USM dan memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dengan aktiviti sampingan di USM. Senarai nama pelajar PKU (35 orang pada ketika itu) juga telah dihantar kepada Bahagian Perhubungan Awam Perpustakaan Hamzah Sendut untuk memberi peluang dan kemudahan kepada pelajar PKU untuk menggunakan segala keperluan khas PKU di perpustakaan
3.Mengendalikan satu group WhatsApps bersama-sama semua YDP Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) dan berurusan terus (direct) bersama YDP MPP dalam menangani isu dan masalah secara sistematik. Mesyuarat khas MT MPP USM bersama YDP/wakil MPD juga diadakan bagi mendengar dan meneliti isu kebajikan mahasiswa USM. MPP USM turut mengalakan YDP MPD untuk berjumpa dan berurusan secara terus bersama-sama pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEPA) USM sekiranya terdapat isu yang perlu dibincangkan dengan segera. MPP USM juga sedia menerima cadangan secara langsung daripada semua YDP MPD USM. |
6 |
NADIEYA AZMIN (SU KERJA) |
PP. Komunikasi |
1.Memastikan kebajikan pelajar dan kemudahan di PPK berada dalam keadaan baik 2. Mengumpul hasil karya pelajar bagi setiap pengkhususan 3. Mendapatkan sidang media dan liputan media bagi program di PPK
4. Membantu mendapatkan penajaan bagi program yang dianjurkan PPK
5. Mengutarakan permohonan bagi memasang 2 buah vending machine di pusat pengajian. |
Menwujudkan platform bersama Persatuan PPK tentang kebajikan pelajar dan mendapat sambutan baik serta beberapa isu yang diutarakan telah mendapat respon dari pihak pentadbiran
50% proses telah dijalankan dan sebahagian penghasilan karya adalah hak cipta terpelihara dan sukar untuk dipamerkan atas sebab menjaga kualiti bagi penyertaan pertandingan pada masa akan datang.
Berjaya mendapat tempat dalam paparan siaran media di beberapa stesen radio tempatan, slot iklan dan slot temuramah dalam program televisyen mengenai program yang dianjurkan libatsama pelajar, pensyarah, pihak pentadbiran dan pelajar antarabangsa.
Menyumbang tenaga bersama pelajar terlibat bagi menjana sumbangan bagi program tahunan yang dianjurkan.
Permohonanmasih dalam progress (Timb Dekan cakap, kalau ada vending machine memang best) |
7 | OOI BOON SHENG | PP Pengurusan |
1. Menyediakan stesen pengecaj gajet elektronik untuk memenuhi keperluan mahasiswa/i USM.
2. Menyediakan lebih banyak tawaran bantuan kewangan bagi mahasiswa/i USM yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. (100 % Done)
|
- Mencadangkan kepada pihak pengurusan tinggi USM dan menerima ulasan bahawa kekangan teknikal dan juga kekangan masa.
- Mencadangkan kepada EPIC untuk memberi pinjaman dan mencari lebih banyak penaja pihak swasta untuk memberi bantuan kepada mahasiswa/i yang ingin berniaga di USM. - EPIC akan memberi pinjaman yang rendah faedah kepada mahasiswa yang ingin berniaga.
|
8 | BADRUL IKRAM BIN ASRI | PP Sains Matematik | Menyediakan soalan peperiksaan akhir semester | Soalan soalan akhir semester untuk semester 1 dan 2 telah disediakan melalui atas talian menggunakan google drive |
9 | MAIESARRAH BT MOHD ASMAWI | PP Ilmu Pendidikan |
1) Mengadakan program 5 TIPS GURU MODEN.
3) Berusaha menjaga kebajikan pelajar PPIP. |
1) Program 5 TIPS GURU MODEN. Program yang memberi banyak pendedahan kepada pelajar pendidikan tentang kaedah dan cara mengaplikasi pembelajaran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penyelaras PAK21 & PLC dari Sk Relau dijemput.
3.1) Membuka booth mesra MPP PPIP untuk menerima aduan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar pendidikan. Segala aduan yang diterima dibincangkan dengan pihak-pihak yang tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut.
3.2) Menyelesaikan masalah penempahan tempat (Dewan budaya) untuk pelajar pendidikan membuat teater dalam subjek PGT 203).
3.3) Satu perbincangan telah diadakan bersama Dekan dan timbalan dekan pendidikan untuk membincangkan isu-isu posting bagi pelajar pendidikan.
3.4) MPP PPIP juga turut berkunjung ke unit kaunseling PPIP. Kunjungan yang dibuat adalah untuk menyeru dan menggalakkan pelajar pendidikan yang mempunyai sebarang masalah untuk datang ke sesi kaunseling ini. |
10 |
NURAINA BALQIS BT ABDUL KARIM
-LAPORAN MANIFESTO- HTTPS://DRIVE.GOOGLE.COM/FILE/D/19ITH9DUUMQDVNUJFACXETS9SCRJLXP4C/VIEW?USP=SHARING |
PP Sains Kajihayat
|
1)Berusaha merealisasikan program mentor mentee bermula daripada pelajar tahun pertama. 2) Berusaha melaksanakan penambahbaikan kemudahan di Pusat Pengajian Sains Kajihayat. |
1.1 MPP PPSKH telah mewujudkkan Whatsapp Group yang menghubungkan pelajar-pelajar dari tahun pertama dan ke atas untuk berinteraksi dari aspek pembelajaran, akademik dan sebagainya.
1.2 Buat julung kalinya MPP PPSKH dengan kerjasama pihak pentadbiran Pusat Pengajian Sains Kajihayat telah mengadakan Mesyuarat Majlis yang melibatkan Dekan pusat pengajian, Timbalan Dekan Akademik, penyelaras program, ahli jawatankuasa mesyuarat dan wakil-wakil pelajar dari setiap tahun.
Dalam mesyuarat berkenaan, beberapa perkara telah dibincangkan khususnya dari aspek akademik, kebajikan pelajar dan masalah masalah yang timbul dalam kalangan pelajar. Perlantikan wakil-wakil pelajar dari setiap tahun juga telah dibuat semasa mesyuarat dijalankan.
Pelajar boleh merujuk hasil Rumusan Mesyuarat Majlis di page facebook MPP Pusat Pengajian Sains Kajihayat.
2.1 MPP PPSKH telah bercadang untuk menambahbaik kemudahan di pusat pengajian dengan mewujudkan sebuah Wakaf Buku di Foyer PPSKH.
Wakaf Buku ini diwujudkan bagi memudahkan senior-senior Sains Kajihayat mewakafkan nota-nota kuliah, buku-buku rujukan atau Past Years Questions sebagai rujukan percuma kepada pelajar-pelajar yang lain di PPSKH.
2.2 MPP PPSKH sedia maklum dan menerima aduan daripada para pelajar Sains Kajihayat berkenaan kebersihan telekung surau wanita yang tidak memuaskan.
Justeru, pihak MPP mengambil tindakan dengan mengajukan aduan tersebut kepada pihak atasan pusat pengajian. Bertitik tolak dari aduan yang dilakukan, AJK surau wanita telah bertindak dengan membersihkan dan menjaga kebersihan telekung dengan baik serta kemudahan lain telah ditambah baik seperti mewujudkan Tabung Bulan Ramadhan di surau serta memasang langsir di pintu surau wanita.
2.3 MPP PPSKH menerima aduan berkenaan dengan kelajuan liputan Wifi yang tidak memuaskan di Foyer Pusat Pengajian.
Pada hari Selasa bersamaan dengan 6 Februari 2018, aduan telah diajukan kepada Dekan Pusat Pengajian bagi menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun demikian, setelah tamat satu semester, masih tiada jawapan daripada pihak berkenaan.
Justeru, MPP PPSKH telah melaksanakan aduan susulan bagi mendapatkan jawapan dari pihak berkenaan. Namun, sehingga hari ini pihak pusat pengajian masih menunggu jawapan daripada pihak berkenaan.
2.4 Seperti yang dirancangkan, MPP PPSKH telah bercadang untuk memasang mesin air minuman tin di pusat pengajian memandangkan mesin tersebut tiada di PPSKH.
Satu mesyuarat telah dijalankan bersama dengan pihak PAO & JKPPPU serta pihak MPP USM. Dalam mesyuarat berkenaan, MPP PPSKH telah mengutarakan permohonan bagi memasang 2 buah vending machine di pusat pengajian.
Namun demikian, proses pemasangan vending machine tersebut memakan masa yang lama kerana ada pusat pengajian yang lain turut memohon pemasangan vending machine di pusat pengajian masing-masing. |
11 | SITI NUR AKMAL AFIFAH BINTI MOHD YUSUFF |
PP Ilmu Kemanusiaan
**Manifesto dilaksana dan dijayakan bersama-sama dengan pasangan MPP PPIK, Fazilah Binti Harun. |
Berusaha memastikan kebajikan pelajar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan terjaga
|
1)Menjemput Timbalan Dekan Akademik Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Hasuria binti Che Omar sebagai penceramah jemputan.
2)Dilaksanakan pada 13 April 2018 pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 petang di Dewan Pembangunan Siswa 2, Komca.
3)Mendapat sambutan daripada pelajar tahun 1 hingga tahun akhir.
1) Mengadakan program Mesra MPP PPIK
● Pembukaan kaunter ini merupakan satu inisiatif untuk pelajar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan mengemukakan sebarang aduan dan cadangan untuk penambahbaikan di PPIK. Program ini disambut baik kerana ia merupakan satu pendekatan di mana pelajar PPIK dapat mengutara secara terus kepada MPP mengenai hal-hal berbangkit di PPIK.
2) Penambahan kuantiti telekung dan sejadah di surau C24 PPIK.
● Hasil daripada pelaksanaan Program Mesra MPP PPIK, aduan kekurangan sejadah dan telekung di surau C24 telah diterima. MPP PPIK mengambil kira perkara ini dan telah mengambil inisiatif untuk mengutara terus kepada Timbalan Dekan PPIK. Beliau menyambut baik cadangan ini meluluskan permohonan untuk menambah kuantiti telekung dan sejadah di surau tersebut.
3)Mengutarakan permohonan Vending Machine di bangunan C24 untuk kemudahan pelajar.
● Satu mesyuarat telah dijalankan bersama dengan pihak PAO & JKPPPU serta pihak MPP USM untuk membincangkan berkenaan dengan perkara ini. Seorang wakil MPP telah diminta untuk mengumpul maklumat bilangan dan jenis vending machine yang dimohon oleh MPP Pusat Pengajian.
4)Melaksanakan Foodbank@PPIK.
● Foodbank@PPIK telah dijayakan pada 3 Mei 2018 di bangunan C24.
5) Menjadi sukarelawan kepada Pelajar Kurang Upaya PPIK.
●Pelajar Kelainan Upaya (PKU) PPIk, saudari Mahavithia a/p Arumugam yang mempunyai masalah penglihatan memerlukan sukarelawan untuk membantunya pergi balik kuliah dan tutorial secara konsisten. |
12 | NOR ASMIEDAR BINTI HARUN | PP Sains Kemasyarakatan |
|
•Memberi maklumat dan membuat hebahan berkenaan dengan latihan industri serta hadir untuk majlis penyampaian sijil latihan industri kepada pelajar PPSK yang berjaya menamatkan latihan industri sama ada di dalam negara atau di luar negara.
•Bekerjasama dengan pusat pengajian, partner MPP PPSK, dan kelab-kelab PPSK dalam melaksanakan program ‘Social Science Week’ pada 17 April hingga 20 April 2018 yang memberi pelbagai input kepada pelajar dalam beberapa jenis slot spt bersama personaliti tv, SL1M, job career dan sebagainya khususnya kepada pelajar PPSK sendiri.
•Bersama rakan MPP PPSK dalam menyediakan permohonan vending machine, buku perpustakaan, dan lantai surau.
•Membantu dalam memberi borang khairat kematian bagi pelajar yang kehilangan ibu atau bapa dan menghantar ke unit kaunseling.
•Melaksanakan program cakna minda di PPSK bagi mengutip aduan dalam kalangan pelajar PPSK.
|
13 | SYED IDRIS BIN SYED HUSSEIN | P P Ilmu Pendidikan |
|
|
14 | CHEN FAN JIE | PP Sains Farmasi |
1. Memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa/i Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) Mengekalkan meja dan kerusi yang sedia ada di Foyer Dewan Kuliah X & Y untuk mahasiswa/i mengadakan sesi perbincangan atau menyelesaikan assignment Menggesa pihak Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (P3U) untuk membuka tender baharu bagi pengusahaan kafe di PPSF Membantu mahasiswa/i yang berkeperluan dalam urusan mendapatkan bantuan kewangan
|
Permohonan telah dihantar ke Pejabat Aset dan Operasi (PAO) dan PAO telah memberi kelulusan untuk meletakkan 6 buah meja (3 meja bulat dan 3 meja panjang) dan 60 buah kerusi baru di foyer DK X & Y untuk kegunaan pelajar PPSF. - Isu kafeteria tidak beroperasi yang berterusan hampir tiga tahun ini telah dibawa ke beberapa pihak dalam USM seperti Pusat Perumahan dan Penginapan (P3U), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA), Pejabat Dekan PPSF dan Pusat Pembangunan Perniagaan (PPP). - Isu ini turut dibawa ke Dewan Perundingan Pelajar (Parlimen Mahasiswa) Siri 1 Sidang Akademik 2017/18 dan telah diterima seisi dewan. Tindakan susulan juga diambil setelah dimaklumkan bahawa kafeteria tersebut akan diserahkan oleh P3U kepada PPP. - Usaha yang berterusan sepanjang satu sidang telah membuahkan hasil apabila kafeteria tersebut dibuka semula pada 8 Ogos 2018. c. Bagi pelajar yang berasal dari latar belakang yang kurang berada atau mengalami masalah kewangan, kewujudan sebuah tabung “Science For Society” telah dimaklumkan kepada yang berkenaan dan mereka dipelawa untuk mengemukakan permohonan sekiranya memerlukan. MPP PPSF turut membantu menguruskan permohonan khairat kematian bagi beberapa orang pelajar yang telah kehilangan ahli keluarga sepanjang sidang ini. |
15 | FAZILAH BINTI HARUN | PP ILMU KEMANUSIAAN |
1) Menjaga kebajikan mahasiswa/i pusat pengajian.
2) Mengadakan aktiviti yang mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa ppik yang terdiri daripada pelbagai major. |
- Menambah barang-barang keperluan di surau PPIK - Membuat kutipan derma kepada pelajar PPIK yang kehilangan ibu/bapa. - Melancarkan food bank kepada pelajar PPIK - Berusaha untuk mewujudkan laluan pejalan kaki / petanda yg boleh di sentuh dan dikenal pasti untuk pelajar kurang penglihatan (dalam tindakan dan makluman Dekan PPIK)
- Melaksanakan USM Fit di PPIK melibatkan semua warga PPIK - Program terbesar yang telah dirancang dan sudah mendapat kelulusan kertas kerja di PPIK terpaksa ditangguhkan atas beberapa faktor tidak dapat dielakkan.
|
16 | NORRAZATIN HAIDA ROZMAN | PP TEKNOLOGI INDUSTRI |
Mengadakan sesi kerjaya bersama Alumni PPTI yang berjaya di dalam industri melibatkan ke-empat-empat division di PPTI.
Menjaga kebajikan pelajar PPTI.
|
Membuka ‘booth’ mesra MPP PPTI untuk mengumpul sebarang aduan dan cadangan untuk penambahbaikan di PPTI. Program ini disambut baik kerana ia merupakan satu pendekatan di mana pelajar PPTI dapat mengutara secara terus kepada MPP mengenai hal-hal berbangkit di PPTI. Segala aduan yang diterima dibincangkan dengan pihak-pihak yang tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Mengutarakan permohonan mewujudkan “Student Learning Centre’ di PPTI. Satu perbincangan telah diadakan bersama Dekan dan timbalan dekan PPTI untuk membincangkan bagaimana untuk mewujudkan ‘Student Learning Centre” bagi kemudahan pelajar PPTI. Timbalan Dekan mengatakan beliau juga sedang berusaha untuk melaksanakan cadangan yang baik ini.
Perbincangan Bersama Timbalan Dekan mengenai subjek ZCA101 dari Pusat Pengajian Fizik yang wajib diambil oleh pelajar Teknologi Makanan Tahun Dua yang dianggap berat dan tidak berkait dengan kos yang diambil. Mengutarakan penawaran subjek lain sebagai alternatif kepada ZCA101. Namun, setelah diberi penerangan yang jelas dan jitu oleh beliau, isu ini dianggap selesai.
Perbincangan Bersama Timbalan Dekan PPTI untuk membantu pelajar PPTI yang tidak mendapat penempatan di desa. Data statistic bilangan pelajar PPTI yang tidak berjaya mendapat penempatan di desa telah pun dijalankan dan direkod. Namun begitu, usaha untuk membantu mereka untuk mendapatkan penempatan diluar desa masih dalam pertimbangan dan kajian untuk mengelak isu-isu yang tidak sepatutnya berlaku.
Satu kunjungan dilakukan Bersama YDP Persatuan PPTI untuk meninjau kawasan di bangunan PPTI yang berpotensi untuk dijadikan ‘Student Learning Centre”. Walaupun idea ini disambut baik oleh Dekan mahupun Timbalan Dekan namun atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, “Student Learning Centre’ masih lagi dalam pertimbangan dan diletakkan dalam perancangan masa hadapan PPTI.
Satu kunjungan turut dilakukan ke surau PPTI yang berada di Tingkat 3. Kunjungan yang dibuat adalah untuk melihat keadaan sekitar surau PPTI. Hasil tinjaun, didapati cat siling surau telah menggelupas dan aduan telah pun dilakukan di pejabat PPTI. Tindakan segera telah diambil dan syiling surau telah dicat baharu.
Melaksanakan program cakna minda ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ Siri 1 yang dihadiri oleh mantan YDP MPP sebagai tetamu jemputan.
Mengutarakan permohonan penambahan bilangan telekung di surau perempuan. Timbalan Dekan menyambut baik permohonan ini dan hebahan dilakukan di pejabat PPTI. Permohonan ini berjaya menambah sebanyak lapan helai telekung baharu di surau PPTI.
Menjalankan kutipan wang sumbangan bagi membantu pelajar PPTI yang terlibat dalam tragedi rumah terbakar dan kehilangan ahli keluarga.
|
17 | NUR HUSNA YAZID | PP FIZIK |
1. Mewujudkan fungsi Physics Day untuk melebarkan jaringan Pusat Pengajian Sains Fizik dengan industri luar
2.Mewujudkan platform kepada pelajar PP Sains Fizik untuk mengeratkan perpaduan di kalangan warga pusat pengajian 3. Mewujudkan ruang yang lebih selesa (student lounge) di kawasan koridor pusat pengajian
|
- MPP PPSF telah menganjurkan Physics Day 2018 pada 3 Mei 2018 di kawasan sekitar Pusat Pengajian Sains Fizik dan Dewan Pembangunan Siswa 2. - Physics Day 2018 merangkumi pameran teori fizik dikendalikan sepenuhnya oleh Pelajar Undergrad PPSFizik, pertandingan robotik yang terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan rendah di sekitar Pulau Pinang dan tapak niaga. - MPP PPSF bekerjasama dengan PPSains Fizik dalam mengadakan Physics Day keseluruhannya dan bersama Penang Science Cluster dan KDU Robotic Club untuk mengendalikan pertandingan Sumo Robotik - Physics Day 2018 telah mendapat liputan di Mutiara FM dan RTM - 50% berjaya kerana tidak mencapai objektif asal Physic Day. - Melantik seorang pengarah projek untuk Projek Gotong Royong di PPSF yang melibatkan pelajar PPSF. - Pensyarah turut hadir meraikan projek - MPP PPSF bekerjasama dengan Persatuan Sains FIzik menjayakan Student Lounge ini - MPP PPSF telah berbincang dengan dekan berkenaan perkara ini - Pihak Persatuan Sains Fizik telah membantu untuk mendapatkan kelulusan daripada dekan - Dekan tidak meluluskan permohonan fasiliti. - Manifesto tidak berjaya. - Usaha telah dibantu oleh YDP PSF, mengemukakan surat cadangan kepada Dekan PPSF. Namun hasilnya, permohonan untuk menambah kerusi, meja, kipas dan lampu telah ditolak atas faktor kewangan. |
18 |
SHIM VUI YEN
|
MPP Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan
|
1) Melaksanakan Program “English-Day” Program English Day merupakan satu inisiatif yang di mana ingin mewujudkan satu platform untuk pelajar menambah sedikit ilmu tentang sejarah kewujudan bahasa Inggeris dan untuk memberi ruang kepada ahli-ahli jawatankuasa untuk menggunakan Bahasa Inggeris semasa program berlangsung.
|
1) Melaksanakan Program “English-Day” Program English Day merupakan satu inisiatif yang di mana ingin mewujudkan satu platform untuk pelajar menambah sedikit ilmu tentang sejarah kewujudan bahasa Inggeris dan untuk memberi ruang kepada ahli-ahli jawatankuasa untuk menggunakan Bahasa Inggeris semasa program berlangsung. Pelaksanaan: Program “English-Day” ditukarkan sebagai satu program “English Day: A Community Engagement” dimana ahli Jawatankuasa akan bergerak ke Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan bahasa Inggeris, sama ada mengikut sillibus atau secara informal. Program ini dilaksanakan di dua buah Sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Greenlane. Seramai 56 Ahli Jawatan Kuasa telah membantu untuk menjayakan Program “English-Day” Tersebut. |
19 | EE KAI LING DENICE | PP PENGURUSAN |
1) Books collection
2) Townhall session
|
- books ✔ - place (outside conference hall @ SOM) ✔ - bookshelves (ordered by Deputy Dean but still haven’t arrived yet, didn’t get updates from J. Pembangunan) * Alternative plan: put the books at library/free book’s corner that near library foyer (orange colour) - it is not encouraged by Dean because she wants crowd at least 400 students - try to persuade to do townhall + deanlist awards ceremony together - discussed with Deputy Dean already but still he is waiting confirmation from Dean * Alternative plan: will pass to the next SOM MPP to do this if Dean approve
|
20 |
KIRTHANA DEVI A/P BHALRAJ
|
PP PENGURUSAN |
1) Membantu pelajar2 SOM dalam peluang pekerjaan termasuk program internship dan kerja sepenuh masa.
2) Menjaga kebajikan pelajar2 SOM |
- Mewujudkan facebook group 'Job Seeking Through SOM Alumni' untuk pelajar2 SOM di mana details alumni dan status pekerjaan akan diupdate di platform tersebut. - Pelajar2 yang berminat untuk bekerja di sesuatu firma boleh menghubungi alumni yang sdg bekerja di firma tersebut utk mendapatkan info ttg prosedur utk apply kerja, pengalaman pekerjaan, dan lain2 Status: ✅ dilaksanakan
- Menyediakan 'goodie bag' yang dilengkapi makanan berkhasiat dan stationery untuk pelajar2 B40. i(a). -Bantuan ini dapat diberikan melalui hasil kutipan untung event 'Global Food Fiesta' yang dijalankan pada 10 & 11 April 2018. Status: ✅ dilaksanakan
- Meyediakan makanan2 dan minuman berkhasiat bagi sarapan pagi untuk pelajar2 SOM khususnya pelajar2 B40 secara percuma di SOM. - Hal ini bertujuan untuk membantu mereka mengambil sarapan pagi khususnya pelajar2 yang tidak dapat berbuat demikian disebabkan masalah kekangan kewangan. Status: Masih dalam tindakan
|
21 | CHIN WAI LUN | PP SAINS KOMPUTER |
Memperbanyak lawatan industri sebagai mekanisme meningkatkan nilai tambah kepada mahasiswa/i Pusat Pengajin Sains Komputer.
Mengumpul dan mengedarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas sebagai rujukan kepada mahasiswa/i Pusat Pengajian Sains Komputer. |
menggalakan pelajar scomp menyertai program lawatan industri dan banyak organisasi seperti Intel, Hilti etc. telah pun dijemput ke CS school untuk memberi taklimat and buat engagament dengan pelajar. Pelajar scomp dapat melibatkan diri dalam program-program yg diadakan oleh organisasi luar. Contoh program: DevFest + GDay Georgetown 2017, Intel Malaysia Innovative Makers’ Open Day, USM Maker Day 2018, etc.
Telah approach assistant register of CS School dan beliau telah minta bantuan PTJ, dan sekarang final exam past year papers telah dimuatnaik ke repository USM. Untuk test papers pula, saya dah kumpulkan dan upload ke CS fb group. Nota dan soalan tutorial juga dikongsi dengan para pelajar juniors. |
22 | LEE JING YANG JUSTIN | PP HBP |
Berusaha memberi peluang kepada mahasiswa peluang terdedah kepada software yang lebih praktikal.
Penubuhan Mahalumni-link
Menambahbaik kebajikan mahasiswa/i HBP
Menambahbaik kebajikan mahasiswa/i cawangan HBP @Politeknik Port Dickson (PPD) |
|