Welcome to MPP Website

MPP Cover with all

UPDATES

[20 SOALAN PELAJAR SERTA JAWAPAN MPPUSM]

1. Bila PTPTN dijangka masuk, etc. : 
Pengkreditan wang PTPTN Semester 181 adalah pada

Kelompok 1 : 24/08/2018
Kelompok 2 : 7/09/ 2018

*Tarikh ini tertakluk kepada tarikh yang diberikan oleh PTPTN kepada USM. Namun pengkreditan pinjaman PTPTN adalah melalui Bendahari USM, dan pengkreditan ke akaun pelajar dijangka akan mengambil masa sekurangnya 5 hari tempoh bekerja selepas tarikh diatas

2. Sem depan dapat lagi tak bantuan untuk mahasiswa "KADS1M" : 
Masih menunggu respon kerajaan baru. Persidangan bulan 10 nanti akan dibentangkan.

3. Kenapa keputusan rayuan desa ditarik semula, etc. : 
Terdapat sedikit isu teknikal dalam meletakkan pelajar-pelajar rayuan di desa. Sebelum menjadi lebih rumit, ditarik semula keseluruhan. P3U perlu meletak semula penempatan dan akan ada perubahan pada desa yang dikeluarkan sebelum ini tertakluk kekosongan desa.

4. Kenapa keputusan rayuan pelajar lelaki tak dikeluarkan, etc. : 
Disebabkan terdapat perubahan pada desa yang diletakkan, ditarik semula dan senarai rayuan lelaki akan keluar serentak bersama pelajar perempuan.

5. Bila keptusan rayuan akan keluar semula, etc. : 
Memandangkan P3U perlukan masa untuk penelitian semula senarai pelajar rayuan, atas saranan MPPUSM akan cuba dikeluarkan sebelum hujung 8. Tertakluk kepada persediaan sistem oleh PPKT.

6. Kalau saya berjaya dapat rayuan, keputusan yang keluar lepas ni saya dapat jugak tak, etc : 
Tak dirombak, yang dapat rayuan kekal dapat. Melainkan ada penolakan desa oleh pelajar rayuan yang lain.

7. Saya tak dapat rayuan sebelum ni, boleh tak kalau nak buat rayuan, etc : 
Rayuan cuma dibuka sekali, bagi yang tak berjaya rayuan akan dimasukkan dalam waiting list untuk rayuan yang seterusnya. Namun rayuan masih boleh dibuat melalui P3U.

8. Bila boleh check-in desa, etc. : 
Pada 8/9/2018 (pejabat buka separuh hari) 
Pada 9/9/2018 (pejabat buka pagi & petang) melalui ketetapan oleh P3U.

9. Bila mula kuliah, etc. : 
12/09/2018 (Rabu)

10. Bila tarikh daftar subjek, etc. :

i. Online : 6 Ogos - 5 Sep 2018

ii. Manual : Sepanjang minggu pertama kuliah bermula

11. Bila boleh tahu no bilik, etc. : 
Desa masih sort out bilik untuk pelajar. Status akan kekal tertera no bilik bila pelajar dah check in.

12. Bagaimana hendak memohon pinjaman PTPTN untuk semester akan datang, etc. : 
Beli no pin di BSN, layari laman web rasmi PTPTN dan mohon secara online.

13. Bilakah tarikh tutup permohonan pinjaman PTPTN, etc. :

Kelompok 1 : 31/08/2018
Kelompok 2 : 30/09/2018

14. Apa itu GPA : 
Pointer bagi semester semasa

15. Apa itu CGPA : 
Pointer keseluruhan semua semester

16. Berapa pointer first class : 
3.67 ke atas

17. Berapa pointer second class upper : 
3.00-3.66

18. Berapa pointer second class lower : 
2.00-2.99

19. Kalau dapat P1 dapat PTPTN tak sem depan, etc : 
Sekiranya pelajar mendapat keptusan P1 pada semester 172, pelajar masih mendapat PTPTN pada semester 181, tetapi tidak diberikan pada semester 182.

20. Betul ke kafe semua baru, lepastu mahal etc. : 
Hampir keseluruhan adalah baru, antaranya Nasi Kandar Kayu yang akan beroperasi di Indah Kembara bermula September. Harga siling telah ditetapkan, selain satu mekanisme aduan dan kerjasama pelajar diharapkan bagi memastikan harga tidak sewenang dinaikkan oleh peniaga.

P/s : sebarang perubahan tertakluk kepada pindaan semasa.


MPPUSM 


 

MPP FOOTER OFFICIAL